Skip to main content

KELUARGA BAHAGIA


PENGENALAN

Kegagalan memainkan peranan di tengah masyarakat yang lebih besar menyebabkan masyarakat itu berhadapan dengan pelbagai isu yang menggugat keamanan dan kestabilan. Adalah menjadi tugas setiap anggota masyarakat untuk memahami peranan masing-masing agar terbentuk keluarga bahagia. Institusi keluarga adalah agen prima atau teras kepada pembentukan sebuah masyarakat yang unggul dan cemerlang.

Image result for keluarga bahagia



DEFINISI KELUARGA BAHAGIA

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan perkhawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga. Ikatan keluarga terkadang bersifat budaya, misalnya Orang Jawa mengenal konsep "Mangan ora mangan sing penting kumpul".


TIPS KELUARGA BAHAGIA

  1. Doa yang berterusan 
  2. Cari masa berkomunikasi dengan pasangan
  3. Murah dengan sentuhan dan pujikan pada pasangan
  4. Mencari kebaikan pasangan
  5. Lebih banyak memberi dari menerima
  6. Banyak bergyrau dan bermesra 
  7. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  8. Terima pasangan anda dengan redha dan Bersyukur
  9. Sentiasa kenangkan jasa pasangan
  10. Sentiasa memaafkan pasangan

Image result for PASANGAN




CIRI- CIRI KELUARGA BAHAGIA

                                                                                

Image result for ciri-ciri keluarga bahagia

  • Dapat menyempurnakan rukun-rukun keluarga


Rumah tangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal yang menenangkan, tempat membina rasa cinta 

  • DAPAT MEMAINKAN PERANAN

Sebagai institusi mendidik anak-anak sehingga mereka menjadi generasi yang baik

  • DAPAT MEMENUHI OBJEKTIF PERKAHWINAN
Untuk memenuhi tuntutan kepuasan naluri seksual sebagai satu cara yang dapat mengurangkan ketegangan dan memberi ketenangan jiwa dan emosi dan manusia

CIRI-CIRI KELUARGA SIHAT

Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna 

Mempunyai pendidikan yang sewajarnya serta mencukupi

Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat,, bersenam secara tetap, tidak merokok dan tidur secukupnya 

Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif

Mengamalkan nilai agama dan moral

Image result for keluarga bahagia sihat


Keluarga bahagia Membina keluarga bahagia dan sejahtera

Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya, nilai sayang­menyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala nasihat mereka.

    Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam keluarga. Oleh itu, anak­anak mesti menghormati ibu bapa pada setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.    Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa dan anak-anak.    Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran tinggi dapat membantu pembangunan negara.    Keluarga yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan anggota keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Keselamatan harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut menyusahkan ibu bapa.  Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga Bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.


Membina Keluarga Bahagia

1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahteradan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia;-
(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjaiinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahii keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga;
(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.

Image result for keterangan tentang keluarga bahagia






Faktor Yang Mempengaruhi Keharmonisan Rumah Tangga

Keluarga sejahtera merupakan tujuan penting, maka untuk menciptakannya perlu diperhatian faktor berikut:[1]

  1. Perhatian. Yaitu menaruh hati pada seluruh anggota keluarga sebagai dasar utama hubungan baik antar anggota keluarga. Baik pada perkembangan keluarga dengan memperhatikan peristiwa dalam keluarga, dan mencari sebab akibat permasalahan, juga terhadap perubahan pada setiap anggotanya.
  2. Pengetahuan. Perlunya menambah pengetahuan tanpa henti-hentinya untuk memperluas wawasan sangat dibutuhkan dalam menjalani kehidupan keluarga. Sangat perlu untuk mengetahui anggota keluarganya, yaitu setiap perubahan dalam keluarga, dan perubahan dalam anggota keluargannya, agar kejadian yang kurang dinginkan kelak dapat diantisipasi.
  3. Pengenalan terhadap semua anggota keluarga. Hal ini berarti pengenalan terhadap diri sendiri dan Pengenalan diri sendiri yang baik penting untuk memupuk pengertian-pengertian.
  4. Bila pengenalan diri sendiri telah tercapai maka akan lebih mudah menyoroti semua kejadian dan peristiwa yang terjadi dalam keluarga. Masalah akan lebih mudah diatasi, karena banyaknya latar belakang lebih cepat terungkap dan teratasi, pengertian yang berkembang akibat pengetahuan tadi akan mengurangi kemelut dalam keluarga.
  5. Sikap menerima. Langkah lanjutan dari sikap pengertian adalah sikap menerima, yang berarti dengan segala kelemahan, kekurangan, dan kelebihannya, ia seharusnya tetap mendapatkan tempat dalam keluarga. Sikap ini akan menghasilakan suasana positif dan berkembangnya kehangatan yang melandasi tumbuh suburnya potensi dan minat dari anggota kleuarga.
  6. Peningkatan usaha. Setelah menerima keluarga apa adanya maka perlu meningkatkan usaha. Yaitu dengan mengembangkan setiap dari aspek keluarganya secara optimal, hal ini disesuaikan dengan setiap kemampuan masing-masing, tujuannya yaitu agar tercipta perubahan-perubahan dan menghilangkn keadaan kebosanan dan kestatisan.
  7. Penyesuaian harus selalu mengikuti setiap perubahan baik dari fihak orang tua maupun anak.



KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan  tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka merupakan “role model” bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia. “Rumahku, Syurgaku”.






Comments

Post a Comment